ANAK BELAJAR DARI KEHIDUPANNYA


Gaya komunikasi yang baik antara ibu atau bapa terhadap anak-anak merupakan sumber pembentuk peribadi mulia kepada remaja. Setiap ibu atau bapa di dalam dunia ini mempunyai latar belakang dan pengalaman yang berbeza. Oleh itu mereka menggunakan gaya yang berbeza dalam berkomunikasi dengan anak-anak. Komunikasi yang berkesan antara ibu bapa dan anak-anak adalah merujuk kepada perhubungan dua hala antara kedua-duanya. Perhubungan dua hala ini perlu wujud dalam keadaan mesra dan tanpa sebarang ‘mental block’. Namun kebanyakkan ibu bapa tidak menyedari stail komunikasi mereka terhadap anak-anak remaja terutama dalam mendisiplinkan anak, yang mana telah wujud penggunaan ‘kuasa diktator’ di dalam percakapan mahu pun perbuatan meraka.

Gaya komunikasi yang di amalkan oleh ibu atau bapa dalam keluarga menentukan persepsi remaja terhadap gaya komunikasi ibu atau bapa di dalam keluarga tersebut. Tidak semua gaya komunikasi ibu atau bapa boleh diterima oleh remaja sebagai gaya komunikasi yang positif. Peranan persekitaran juga tidak kurang pentingnya di dalam menentu sikap dan keperibadian anak-anak.

Renungi terjemahan petikan kata-kata Dorothy Law Notle di bawah;

Jika anak dibesarkan dengan celaan,
dia belajar memaki.

Jika anak dibesarkan dengan permusuhan,
dia belajar berkelahi.

Jika anak dibesarkan dengan cemuhan,
dia belajar rendah diri.

Jika anak dibesarkan dengan penghinaan,
dia belajar menyesali diri.

Jika anak dibesarkan dengan toleransi,
dia belajar menahan diri.

Jika anak dibesarkan dengan dorongan,
dia belajar percaya diri.

Jika anak dibesarkan dengan celaan,
dia belajar memaki.

Jika anak dibesarkan dengan pujian,
dia belajar menghargai.

Jika anak dibesarkan dengan perilaku yang baik,
dia belajar keadilan.

Jika anak dibesarkan dengan rasa aman,
dia belajar menaruh kepercayaan.

Jika anak dibesarkan dengan dokongan,
dia belajar menyayangi dirinya.

Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan,
dia belajar menemukan cinta dalam kehidupan

Renungan Hadith

Enjin Carian Google