MURTABAK UNTUK BULAN RAMADHAN...


Tahukah anda makanan yang sangat digemari ramai dan mendapat sambutan tidak mengira kaum jantina dan usia. Tentunya roti canai dan murtabak.

Roti canai dan murtabak amat digemari tidak kira pagi, petang dan malam. Permintaannya cukup dan cukup tinggi di kalangan rakyat malaysia. Inilah salah satu perniagaan yang berpotensi dan permintaan yang sentiasa meningkat.

Apatah lagi dah hampir Ramadhan ni, tentunya martabak mejadi pilihan ramai orang untuk berbuka puasa.... Apa lagi peluang juga buat duit raya melalui jual martabak untuk juadah berbuka puasa di bazar-bazar Ramadhan..

Anda boleh belajar membuatnya tanpa susah-susah pergi ke kursus yang mahal-mahal. Kini anda boleh belajar dengan DVD video intertaktif step by step dengan harga yang cukup murah jika dibandingkan dengan bayaran kursus.

Terdapat 8 modul di dalamnya:

MODUL 1 : MEMBUAT ROTI CANAI ORIGINAL
MODUL 2 : TEKNIK MENEBAR ROTI CANAI
MODUL 3 : MENGENDALIKAN MESIN PENGULI
MODUL 4 : MEMBUAT ANEKA ROTI CANAI
MODUL 5 : MEMBUAT ROTI CANAI SEGERA
MODUL 6 : MEMBUAT ANEKA MARTABAK
MODUL 7 : PENGIRAAN KOS ROTI CANAI
MODUL 8 : MEMBUAT KUAH ROTI CANAI

Apa yang menarik, modul dalam bentuk video intraktif step by step.

p/s peluang buat duit sempena Ramadhan.....

Untuk maklumat lanjut sila klik pada banner di bawah:

KEISTIMEWAAN BUAH TAMAR


Kurma atau tamar atau nama botaninya, Phoenix dactylifera adalah sejenis buah-buahan yang kaya dengan nutrien, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kesihatan tubuh dan otak. Buah kurma berupaya memulihkan tenaga setelah seharian berkerja. Setiap kali kita makan kurma, tenaga yang diserap oleh tubuh bertindak serta merta berbanding buah-buahan lain yang terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzime sebelum bertukar menjadi glukosa dan seterusnya barulah dapat diserap oleh tubuh sebagai tenaga.

Istimewa lagi, pokok kurma hanya tumbuh subur di negara Asia Barat seperti Arab Saudi, Iraq, Iran dan Mesir. Orang-orang Arab menganggap buah kurma sebagai makanan istimewa buat mereka. Mereka mempelbagaikan cara penyediaan kurma sebagai pemakanan; mereka memakannya bersama segelas susu, yogurt, roti, mentega dan ikan.

Buah istimewa yang tidak terhitung khasiatnya ini sangat popular di kalangan masyarakat Islam di seluruh dunia terutama apabila tibanya bulan Ramadhan. Hanya dengan sebiji tamar dan segelas air, kita boleh menahan diri berpuasa sepanjang hari. Itulah keajaiban buah kurma yang menjadi sunnah Rasulullah s.a.w.

Jangan lepaskan peluang melaksanakan ibadah puasa bersama buah kurma dengan kedatangan Ramadan 1432 Hijrah nanti. Sempena Ramadan yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi, jadikanlah buah kurma sebagai pembuka puasa yang mana menjadi satu amalan sunnah...

"SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK"



Renungan Hadith

Enjin Carian Google