Tart Nenas Kak Lina


Bahan-bahan:
1 Ketul butter (250 gm)
1 sudu makan margerin
1 biji kuning telur
3 sudu makan susu tepung
¾ cawan tepung jagung
4¾ cawan tepung gandum - diayak
1 sudu teh esen vanila
kuning telur untuk hiasan
gula urai berwarna-warni
Jem nanas secukupnya


Bahan untuk jem nanas
1 biji nenas- di kupas dan diparut
1 ½ cawan gula
(campur kesemua bahan, masak hingga pekat. Angkat dan biarkan sejuk sebelum digunakan)

Cara-Cara:
1. Campurkan bersama tepung jagung dan tepung gandum.
2. Putar butter,margerin dan esen vanila sehingga kenbang
3. Masukkan telur dan putar hingga sebati
4. Kemudian masukkan campurkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga lembut.
5. Canai doh dan terap dengan acuan bentuk bulat bergerigi dan masukkan dalam
paper cup (sebelum tu masukkan paper cup tu dalam acuan paper cup)
6. kemudian letakkan jem nenas di tengah lubang.
7. Sapukan kuning telur diatasnya dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 darjah C.
8. Setelah masak keluarkan biskut dan tabur gula warna urai sambil tekan dengan jari.
9. Biarkan sejuk dahulu baru simpan di dalam bekas kedap udara.

Ebook Rahsia Kuih Raya



Pendedahan Rahsia Perniagaan, Lengkap Dengan Teknik Pemasaran Dan Resipi Rahsia Untuk Anda Terus Memulakan Perniagaan

Sekarang dah masuk bulan Syaaban.

Sedarkah anda bahawa ketika ini, pengusaha-pengusaha kuih raya di seluruh negara baru sahaja menghabiskan 'cuti panjang' mereka sejak 10 bulan lalu? Sekarang mereka dalam diam-diam sedang mengatur strategi pemasaran bagi memenuhi permintaan kuih raya bagi Syawal tahun ini. Kalau tak percaya, anda cuba intai-intai di premis-premis jualan bahan-bahan kek dan biskut yang berdekatan.

Dalam bulan Ramadan, terdapat segelintir rakan-rakan kita yang sanggup mengharungi keletihan berpuasa disiang hari dan berjaga sepanjang malam semata-mata untuk memenuhi tempahan pelanggan terhadap juadah-juadah kuih raya yang mesti dibekalkan sebelum 1 syawal. Bahkan ada diantara mereka yang sanggup ambil cuti untuk memastikan tempahan-tempahan pelanggan dipenuhi.

Cuba bayangkan, kenapakah mereka sanggup bersusah payah sampai macam tu sekali? Cuba tanya mereka. Mungkin dengan rendah dirinya mereka akan jawab ’Saje je nak cari duit lebih sikit nak cover kos belanja musim raya, boleh la beli baju raya cantik-cantik untuk anak-anak, tukar langsir baru’. Hmm... betul ke tu?

Sebenarnya mereka ini sebenarnya pandai menyimpan rahsia.
Biar kami dedahkan rahsia-rahsia tersebut...

Setiap tahun ada sahaja tempahan kuih raya yang terpaksa ditolak dan ada juga tempahan yang gagal dipenuhi?

Tempahan terpaksa ditolak?

Bayangkan, betapa 'kencang'nya bisnes kuih raya ini.

Pengusaha-pengusaha kuih raya ini ibarat beruang polar yang tidur lena dalam kesejukan menunggu ketibaan musim panas. Ketahuilah bahawa musim raya ini adalah ibarat ’musim panas’ bagi usahawan-usahawan kuih raya.

Tidakkah anda ingin turut sama merasai ’kehangatan’ musim raya tahun ini?

Dapatkan maklumat lanjut di http://www.rahsiakuihraya.com

Potensi Bisnes Kuih Raya

1/3 daripada tenaga buruh di Malaysia adalah wanita dan mereka ini terikat dengan komitmen kerja dan tiada masa nak buat kuih raya

Menurut banci pada 1995, 47.1% wanita(lingkungan umur 18-50 tahun) di Malaysia adalah pekerja iaitu sebanyak 2.9 juta orang. Itu hanya 1995, bayangkan situasi sekarang. Sudah pasti jumlah tersebut semakin bertambah.

Terdapat lebih kurang 5 juta unit rumah di Malaysia dan setiap isi rumah perlu disediakan dengan kuih raya sebelum menjelang Syawal.

Wanita Melayu terkenal dengan sifat berlumba-lumba, termasuklah berlumba 'siapa lebih banyak jenis kuih raya'.

Anda pergilah ke mana-mana negara, anda takkan jumpa negara yang begitu banyak sekali kepelbagaian hidangan semasa hari raya seperti di Malaysia.

Rakyat Malaysia terkenal dengan tabiat berbelanja habis-habisan ketika musim raya.



BISKUT MAZOLA




Bahan-Bahan:

• 1 cawan minyak mazola
• 1 ½ cawan tepung gandum (diayak )
• ½ cawan tepung jagung
• ¾ cawan gula halus
• 1 cawan kacang tumbuk
• 1 sudu teh essen vanilla
• (untuk mendapatkan hasil kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya serta ditumbuk / dikisar.

Bahan Untuk hiasan
• Kuning telur untuk hiasan
• Kacang tumbuk kasar secukupnya

Cara-Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali minyak. Kemudian gaulkan hingga sebati
2. Masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil uli adunan hingga menjadi doh. ( masukkan minyak sedikit demi sedikit )
3. Ambil doh sedikit dan bentukkan menjadi bebola kecil.
4. Letakkan doh tadi di atas dulang pembakar. Lakukan sehingga habis adunan.
5. Sapu bahagian atas dengan kuning telur.
6. Taburkan kacang tumbuk kasar pada permukaan atasnya.
7. Kemudian bakar selama 20 minit pada suhu 180°C.
8. Setelah masak angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum simpan di dalam bekas kedap udara.

~ SELAMAT MENCUBA ~

Renungan Hadith

Enjin Carian Google