Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

GALERI ANAK PINTAR

Anak adalah permata yang sangat berharga buat ibu bapa. Setiap ibu bapa pastinya mengharapkan anak-anak yang pintar dan berjaya di dunia mahupun akhirat. Kisah-kisah masyarakat di sekeliling kita sudah cukup memberi pengajaran bagi ibu bapa mengambil langkah wajar menjana kepintaran dan sahsiah anak-anak agar kehadiran mereka di dunia sebagai permatahati yang berharga.

Galeri produk anak pintar telah diusahakan untuk menampilkan berberapa pilihan dan kombinasi penyelesaian bagi membantu anak-anak maju khususnya di dalam bidang pelajaran seawal di dalamkandungan. Tumpuan laman ini adalah ingin membantu menjana minda anak-anak menjadikan mereka lebih kreatif dan kritis dengan penggunaan prasarana dan kemudahan-kemudahan yang terdapat kini. Manakala kandungan Ebook pula merangkumi pelbagai petua menjana kepintaran berasaskan kajian barat dan ahli ilmuan Islam.

Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut:

KITARAN HAID TIDAK TERATUR

Tahukah anda bahawa 30% daripada wanita mengalami masalah kitar haid yang tidak teratur?

Kitar Haid yang tidak teratur dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

Secara ringkasnya adalah

1) Pemakanan
2) Stress
3) Berat badan bertambah atau berkurang
4) Aktiviti fizikal yang berlebihan seperti senaman dan bersukan
5) Pengambilan ubat-ubatan
6) Pengambilan kafein yang berlebihan
7) Selepas bersalin atau keguguran
8) Menyusu badan
9) Permulaan menopaus

Dalam sesetengah keadaan, ketidakaturan kitar haid ini adalah merupakan petunjuk kepada sesuatu masalah kesuburan. Antara masalah kesuburan yang memberi kesan terhadap kitar haid adalah seperti PCOS dan Endometriosis dan Namun begitu, tidak semestinya wanita yang mempunyai kitar haid yang tidak teratur itu adalah tidak tidak boleh hamil.

Berikut pula adalah antara beberapa langkah-langkah mudah yang boleh anda cuba untuk mengawalatur kitar haid.

1) Kurangkan berat badan jika anda termasuk dalam kategori obes.
2) Kawal mood, elakkan stress dan kemurungan.
4) Elakkan senaman dan aktiviti sukan yang lasak dan berlebihan.
5) Elakkan merokok, alcohol dan minuman bergas.
6) Elakkan 'junk food' dan dan bahan pengawet makanan

Pengambilan buah-buahan yang kaya Potassium seperti pisang dan sayur-sayuran hijau dipercayai boleh membantu anda mengawalatur kitar haid.

Abu Jarir & Ummu Aisyah

Rahsia Anak Pintar




Alangkah bagusnya memiliki anak-anak bijak dan pintar.

Baru-baru ini saya terfikir satu persoalan. Apakah agak-agaknya yang bakal anak-anak saya hadapi dimasa yang akan datang? Dunia semakin mencabar. Kita boleh lihat bagaimana kos hidup semakin meningkat dengan begitu mendadak sekali. Harga rumah melambung naik. Nilai hartanah juga semakin meningkat dan semakin terhad peluang untuk memiliki hartanah yang berkos sederhana. Bukan itu sahaja, bahan-bahan keperluan asas seperti makanan juga semakin hari, semakin naik. Bagaimana agaknya 10-20 tahun lagi?

Cuba lihat sekeliling kita. Pusat-pusat tusyen tumbuh bagai cendawan kerana banyak permintaan. Setiap ibu bapa seolah-olah bertanding dengan keputusan peperiksaan anak-anak mereka dan berbangga-bangga jika anak mereka mendapat keputusan yang baik. Bagaimanalah agaknya anak-anak kita ya?

Nampaknya, memang anak-anak kita perlu ‘outstanding’ dalam pelajaran kerana itulah penilaian masyarakat sekarang ini. Tapi persoalan yang timbul adalah;

Apakah anak kita dilahirkan pintar?

Anak saya lemah di sekolah! Adakah masih ada peluang unutk mengubahnya?

Rupa-rupanya, kepintaran anak boleh dijana. Selama ini kita tertipu dengan mitos yang ditanam penjajah bahawa kepintaran anak adalah factor genetic semata-mata. Kita sering anggap anak-anak mat salleh semua pandai-pandai. Rupa-rupanya, anak kita juga berpotensi menunjukkan prestasi yang baik jika kita sebagai ibu bapa dapat memberikan peluang dan rangsangan yang betul. Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dalam menjana kepintara anak sangat besar pengaruhnya.

Kata-kata pakar berikut mengukuhkan lagi kenyataan di atas.

"Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak"

Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
Pakar Motivasi

"All children are born geniuses, and we spend the first six years of their lives degeniusing them"

R. Buckminster Fuller

Ebook ini bertajuk Rahsia Anak Pintar. Penulis ebook ini telah membuat suatu pendedahan yang bakal membuka mata para ibu bapa. Ia ditulis berdasarkan pengalaman mendidik anak selama 16 tahun. Konsep ebook ini adalah dari Ibu Bapa kepada Ibu Bapa. Sudah tentu gaya penyampaiannya berbeza dengan penyampaian pakar-pakar pendidikan dan motivasi yang terlalu teoritikal. Penulis mengakui bahawa mereka bukan pakar, sebaliknya ibu bapa biasa seperti kita juga. Tetapi dengan sedikit ilmu pengetahuan dan kesungguhan, mereka telah berusaha mendidik dan merangsang anak-anak mereka sejak dari kandungan lagi.

Dengan harga yang berpatutan, rasanya kita tak perlu berfikir panjang unutk memiliki ebook ini. Adakah kita terlalu berkira-kira untuk mengeluarkan kos bagi pendidikan anak-anak?

Klik banner di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut..

TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK

Motivasi adalah proses psikologi yang merangsang, memberi arah dan mengekalkan tingkah laku seseorang ke arah pencapaian matlamat tertentu. Motivasi belajar pula boleh didefinisikan sebagai keinginan yang sangat kuat pada diri seseorang pelajar yang mendorongnya untuk berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kecemerlangan di dalam pelajaran. Menurut Abraham Harold Maslow, seorang pakar psikologi menyebut di dalam bukunya bertajuk Motivation and Personality bahawa individu akan terus bermotivasi oleh kerana adanya sesuatu matlamat. Beliau menjelaskan lagi bahawa matlamat tersebut merangkumi 5 keperluan iaitu fisiologi, keselamatan, sosial, penghormatan dan pencapaian hasrat hati bagi diri seseorang.

ANAK BELAJAR DARI KEHIDUPANNYA


Gaya komunikasi yang baik antara ibu atau bapa terhadap anak-anak merupakan sumber pembentuk peribadi mulia kepada remaja. Setiap ibu atau bapa di dalam dunia ini mempunyai latar belakang dan pengalaman yang berbeza. Oleh itu mereka menggunakan gaya yang berbeza dalam berkomunikasi dengan anak-anak. Komunikasi yang berkesan antara ibu bapa dan anak-anak adalah merujuk kepada perhubungan dua hala antara kedua-duanya. Perhubungan dua hala ini perlu wujud dalam keadaan mesra dan tanpa sebarang ‘mental block’. Namun kebanyakkan ibu bapa tidak menyedari stail komunikasi mereka terhadap anak-anak remaja terutama dalam mendisiplinkan anak, yang mana telah wujud penggunaan ‘kuasa diktator’ di dalam percakapan mahu pun perbuatan meraka.

Gaya komunikasi yang di amalkan oleh ibu atau bapa dalam keluarga menentukan persepsi remaja terhadap gaya komunikasi ibu atau bapa di dalam keluarga tersebut. Tidak semua gaya komunikasi ibu atau bapa boleh diterima oleh remaja sebagai gaya komunikasi yang positif. Peranan persekitaran juga tidak kurang pentingnya di dalam menentu sikap dan keperibadian anak-anak.

Renungi terjemahan petikan kata-kata Dorothy Law Notle di bawah;

Jika anak dibesarkan dengan celaan,
dia belajar memaki.

Jika anak dibesarkan dengan permusuhan,
dia belajar berkelahi.

Jika anak dibesarkan dengan cemuhan,
dia belajar rendah diri.

Jika anak dibesarkan dengan penghinaan,
dia belajar menyesali diri.

Jika anak dibesarkan dengan toleransi,
dia belajar menahan diri.

Jika anak dibesarkan dengan dorongan,
dia belajar percaya diri.

Jika anak dibesarkan dengan celaan,
dia belajar memaki.

Jika anak dibesarkan dengan pujian,
dia belajar menghargai.

Jika anak dibesarkan dengan perilaku yang baik,
dia belajar keadilan.

Jika anak dibesarkan dengan rasa aman,
dia belajar menaruh kepercayaan.

Jika anak dibesarkan dengan dokongan,
dia belajar menyayangi dirinya.

Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan,
dia belajar menemukan cinta dalam kehidupan

PIDATO KEMERDEKAAN


MENSYUKURI NIKMAT KEMERDEKAAN

(Nurul Farizah binti Mohamad Ja’afar)


Assalamu 'alaikum pembuka bicara,
Kepada guru yang arif bijaksana,
Tak lupa juga rakan-rakan dan pengacara,
Di majlis ini kita bersua.

Yang berusaha, Puan Fatimah Makhdirol Guru Besar Sek. Keb. Taman Tawau , Penolong-penolong kanan, guru-guru Sek. Keb. Taman Tawau, guru-guru SRJK Hing Hwa serta rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera.

Sukacita saya memulakan pidato ini dengan seruan agar kita bersyukur ke hadhrat Ilahi kerana telah mengurniakan kita sebuah negara yang aman dan makmur”.

Dengan nikmat keamanan dan kemakmuran ini, kita boleh menjalani kehidupan harian dengan selesa. Bebas mencari rezeki di mana-mana tanpa rasa takut. Tidak seperti sesetengah negara yang bergolak, rumah-rumah ibadat dibom, rompakan dan pembunuhan di sana sini.

Sesungguhnya nikmat keamanan, kebebasan dan kemakmuran yang kita kecapi hari ini tidak datang dengan mudah. Ianya tidak datang secara kebetulan atau percuma bahkan diperolehi dengan perjuangan dan susah payah. Bak kata bidalan YANG BULAT TIDAK DATANG BERGOLEK, YANG PIPEH TIDAK DATANG MELAYANG.

Hakikatnya para pejuang tanahair terdahulu telah mewariskan kepada kita sebuah negara yang merdeka. Sebuah negara yang bebas daripada belenggu penjajah.

Sidang hadirin sekalian,

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Beliau dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan. Kemerdekaan yang dicapai memalui perundingan itu telah meletakkan Malaysia di tempat yang paling selamat dan dihormati.

Tun Abdul Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau telah meneroka perjuangan mengisi kemerdekaan melalui pelan pembangunan strategik yang kukuh.

Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri Malaysia ketiga meneruskan misi mengisi kemerdekaan. Beliau telah menumpukan perhatian yang lebih kepada perpaduan. Perpaduan merupakan asas pembangunan.

Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat. Beliau digelar Bapa Pemodenan kerana mempunyai wawasan yang jauh dalam membangunkan Negara. Pencapaian cemerlang beliau telah memartabatkan Negara kita Malaysia, lebih dikenali di peringkat antarabangsa.

Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri Malaysia ke 5. Aspek modal insan diberi penekanan istimewa. Integriti, ketelusan dan keadilan dilihatnya sebagai utama.

Hadirin, hadirat yang dihormati sekalian,

Kini, giliran Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Beliau telah mengadun kesemua gaya pemerintahan dan pemikiran pemimpin terdahulu melalui Gagasan Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Gagasan Satu Malaysia mengajak kita menghargai kemerdekaan yang telah diwariskan kepada kita. Tugas kita seterusnya adalah memelihara dan mengisi kemerdekaan yang sudah di dalam genggaman kita. Setiap cabaran yang datang perlu ditangani dengan berkesan.

Bagi memelihara keamanan dan kestabilan negara ini, seluruh rakyat hendaklah bersatu padu. Memupuk semangat persefahaman yang berterusan, toleransi yang tinggi serta kerjasama yang kukuh tanpa mengira kaum.

Akhir sekali, Marilah sama-sama kita berganding bahu tanpa mengira kaum, agama dan budaya berpadu tenaga berusaha ke arah mengekalkan kemerdekaan negara kita yang tercinta.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sekian, wassalamualaikum warohmatullahi, wabarokatuh.

PENDIDIKAN


Minda Dan Kecerdasan Otak


MENURUT penyelidikan yang dijalankan oleh dua orang penyelidik neurosains, Prof. Roger Sperry dan Prof. Robert Ornstein, otak kiri dan kanan mempunyai tungsi yang agak berbeza.

Penyelidikan yang dijalankan oleh saintis lain kemudian daripada mereka juga menunjukkan keputusan yang sama.

Otak kanan berfungsi dalam hal-hal yang belum konkrit dan masih kabur. Termasuk dalam medan fungsi otak kanan ialah aspek bentuk dan pola, manipulasi, ruang, ritma dan apresiasi muzik, imej dan gambaran, imaginasi, khayalan, rentak lagu dan sebagainya. Oleh itu otak kanan digelar sebagai otak seni.

Sementara fungsi otak kiri pula dikaitkan dengan hal-hal yang sudah konkrit, sudah ada bentuk. Ini termasuklah dalam aspek-aspek bahasa dan formula matematik, logik (mnantik, taakulan), nombor, sekwens, lineariti, analisis, seni kata lagu dan sebagainya. Otak kiri digelar otak sains.

Ada pendapat mengatakan orang Melayu terutamanya lebih cenderung kepada hal-hal kesenian dan mengabaikan persoalan berkaitan Matematik dan Sains. Maknanya orang Melayu lebih menggunakan otak kanan daripada otak kiri. Fikiran orang Melayu lebih banyak merawang secara tidak berturnpuan. Tidak bersandarkan fakta kukuh.

Mungkin hanya dalam masyarakat Melayu sahaja di mana serba serbi boleh dikaitkan denganseni: senisilat, senilakon, senikata, senipahat, senitari, seni pertukangan, seni muzik, seni ukir dan pelbagai seni lagi.
Sesuatu yang seni mesti bersifat halus. Halus itu lambang kecantikan dan keindahan. Seni itu begitu sulit hendak diberikan tafsiran dan garis panduan yang tepat. la lebih merujuk kepada rasa hati sendiri. Terlalu subjektif.

Orang Melayu boleh berbual berjam-jam di warung dengan hanya secawan kopi, misalnya perkara atau subjek yang dibualkan itu terlalu pelbagai sehingga tidak berkesudahan. Tiada dahulu dan tiada akhirnya. Istilah yang digunakan untuk perbuatan berbual begini ialah berborak.

Berborak boleh jadi bermaksud bohong. Mungkin itu sebabnya pelajar Melayu dikatakan lemah dalam mata pelajaran matematik dan sains jika dibandingkan dengan pelajar bukan Melavu. Mungkin ini pandangan secara rambang sahaja. Sebab Matematik dan Sains berdiri atas asas yang berfakta.

Fakta adalah hujah yang ku­kuh. la memerlukan penuh tum­puan. Fikiran dan tenaga. Tidak boleh diambil mudah. Matematik dan Sains memerlukan penglibatan otak kiri yang lebih. Disinilah rnungkin kelernahan yang terdapat pada orang Melayu lebih menggunakan otak kanan daripada otak kiri, sehingga otak kiri dalam keadaan terbiar dan kurang berfungsi.

Jika hal ini benar untuk mengaktif dan memajukan semula otak kiri, maka ia hendaklah dirangsang.

Bagaimana rangsang otak kiri.

Mula-mula sekali kita kenalah berani untukmengubah sikap yang kurang sesuai dengan keperibadian orang Matematik dan Sains. Biasa kita dengar dalam bualan orang melayu kata-kata begini “Jangan berkira sangatlah”, atau “cincai sajalah” atau “Lebih kurang sudahlah” atau Agak-agak jadilah."

Semua kata-kata begini menanda­kan begitu simplistiknya pemikiran orang berkenaan. Begitu lurus sampai ke tahap bodoh. Jika kita mahu menjadi lebih cemerlang, dalam Matematik dan Sains, kita kena lakukan perubahan

Kita kena campakkan jauh-jauh kebiasaan yang sudah berakar umbi dalam budaya kita. Mulai sekarang kita kena berkira, kita tidak boleh buat cincai, kita mesti kira dengan betul dan tak boleh pakai agak-agak sahaja.

ANAK BIJAK MENGHAFAL...





Farid, ketika lima tahun, menghafal teks pidato kakaknya..

Alangkah bagusnya memiliki anak-anak bijak dan pintar.

Baru-baru ini saya terfikir satu persoalan. Apakah agak-agaknya yang bakal anak-anak saya hadapi dimasa yang akan datang? Dunia semakin mencabar. Kita boleh lihat bagaimana kos hidup semakin meningkat dengan begitu mendadak sekali. Harga rumah melambung naik. Nilai hartanah juga semakin meningkat dan semakin terhad peluang untuk memiliki hartanah yang berkos sederhana. Bukan itu sahaja, bahan-bahan keperluan asas seperti makanan juga semakin hari, semakin naik. Bagaimana agaknya 10-20 tahun lagi?

Cuba lihat sekeliling kita. Pusat-pusat tusyen tumbuh bagai cendawan kerana banyak permintaan. Setiap ibu bapa seolah-olah bertanding dengan keputusan peperiksaan anak-anak mereka dan berbangga-bangga jika anak mereka mendapat keputusan yang baik. Bagaimanalah agaknya anak-anak kita ya?

Nampaknya, memang anak-anak kita perlu ‘outstanding’ dalam pelajaran kerana itulah penilaian masyarakat sekarang ini. Tapi persoalan yang timbul adalah;

Apakah anak kita dilahirkan pintar?

Anak saya lemah di sekolah! Adakah masih ada peluang unutk mengubahnya?

Persoalan-persoalan ini terjawab apabila saya menjumpai satu laman web berikut http://www.rahsiaanakpintar.com/index.php?ref=lina

Rupa-rupanya, kepintaran anak boleh dijana. Selama ini kita tertipu dengan mitos yang ditanam penjajah bahawa kepintaran anak adalah factor genetic semata-mata. Kita sering anggap anak-anak mat salleh semua pandai-pandai. Rupa-rupanya, anak kita juga berpotensi menunjukkan prestasi yang baik jika kita sebagai ibu bapa dapat memberikan peluang dan rangsangan yang betul. Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dalam menjana kepintara anak sangat besar pengaruhnya.

Kata-kata pakar berikut mengukuhkan lagi kenyataan di atas.

"Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak"

Dato’ Dr Fadzilah Kamsah
Pakar Motivasi

"All children are born geniuses, and we spend the first six years of their lives degeniusing them"

R. Buckminster Fuller

Ebook ini bertajuk Rahsia Anak Pintar. Penulis ebook ini telah membuat suatu pendedahan yang bakal membuka mata para ibu bapa. Ia ditulis berdasarkan pengalaman mendidik anak selama 16 tahun. Konsep ebook ini adalah dari Ibu Bapa kepada Ibu Bapa. Sudah tentu gaya penyampaiannya berbeza dengan penyampaian pakar-pakar pendidikan dan motivasi yang terlalu teoritikal. Penulis mengakui bahawa mereka bukan pakar, sebaliknya ibu bapa biasa seperti kita juga. Tetapi dengan sedikit ilmu pengetahuan dan kesungguhan, mereka telah berusaha mendidik dan merangsang anak-anak mereka sejak dari kandungan lagi.

Dengan harga yang berpatutan, rasanya kita tak perlu berfikir panjang unutk memiliki ebook ini. Adakah kita terlalu berkira-kira untuk mengeluarkan kos bagi pendidikan anak-anak?

Klik Sini untuk membaca sendiri perkongsian pengalaman dari penulis.

SCORE A PROGRAMME

PEMBELAJARAN OUTPUT

Pembelajaran Input (Input Learning) adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda. Pembelajaran sekolah sama ada dengan menghadiri kelas di sekolah mahupun mengikuti kelas-kelas tambahan, membaca, mengulang kaji dan menghafal merupakan Pembelajaran Input. Ramai pelajar Hanya menggunakan Pembelajaran Input tanpa Pembelajaran Output bagi mengeluar dan menggunakan apa yang telah dipelajari, dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan. Untuk menyerlah di dalam peperiksaan, pelajar memerlukan Pembelajaran Output.
Pembelajaran Output (Output Learning) ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih pelajar mengeluar dan mengguna segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah melalui latihan-latihan. Antara kaedah pembelajaran OUTPUT tradisional ialah pembelajaran melalui buku. Kaedah tradisional ini memerlukan pelajar bekerja lebih berbanding ‘e-learning’ kerana setiap latihan yang dilakukan pada buku, pelajar perlu memeriksa jawapan sendiri, terpaksa membeli buku baru sekiranya mahu mengulang soalan-soalan tertentu serta tidak interaktif.
Score A Programme™ adalah satu kaedah PEMBELAJARAN OUTPUT yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana telah terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kejayaan cemerlang.


Program pembelajaran output learning yang berkesan...


1
e Notes TM
2
e Topic TM
3
e Assessment TM
4
e Trial Exam TM
5
e Past Yr Exam TM
6
e Report Card TM
7
e Dictionary TM
8
e Reward TM

Kaedah latihtubi yang berkesan, jawapan serta merta....


Pendidikan

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed sit amet odio nibh, vel pharetra urna. Nam nec felis nisi. Proin sagittis adipiscing rutrum. Etiam porta commodo mauris eget congue. Proin purus nunc, volutpat congue convallis et, varius et tortor. Vivamus scelerisque mauris sit amet nisl tempus consequat. Morbi vitae risus quis risus molestie dapibus. Suspendisse consequat odio sit amet mauris interdum quis tempor nibh posuere. Nullam semper iaculis blandit.

Duis nec elit lectus.
Sed vehicula risus nec dolor tincidunt pulvinar. Phasellus in ligula dui, nec accumsan sapien. Cras nulla est, mollis molestie congue lacinia, volutpat quis purus. Nunc vel enim felis. Nulla dignissim, justo quis laoreet venenatis, tortor sapien consectetur lacus, nec sollicitudin felis ante a elit. Cras a interdum purus. Vestibulum at magna sem, gravida adipiscing nisl. Pellentesque velit est, accumsan et rhoncus a, tincidunt id dolor. Curabitur convallis neque massa. Aenean non odio sit amet diam sagittis porttitor nec quis sapien. Sed libero metus, faucibus ac consequat quis, dapibus ut odio. Sed lacinia lorem eu elit ultricies convallis. Aliquam faucibus ante a nibh ultricies varius. In pulvinar enim luctus nisl pellentesque convallis. Aliquam rutrum porta nisi, semper interdum felis vehicula eu.

Morbi ut quam nec magna dictum egestas ut a sapien. Duis pharetra purus ultricies diam tristique in imperdiet eros accumsan. Morbi purus metus, consequat vel fringilla ut, laoreet non sem. Mauris ultricies imperdiet sollicitudin. Praesent sagittis, enim nec ultricies posuere, sem mauris hendrerit odio, eu congue quam ligula et magna. Praesent pretium massa id leo sollicitudin vestibulum. Nulla facilisi. Ut volutpat libero non neque sodales quis sollicitudin sem vulputate. Cras vitae nisl elit. Aliquam odio libero, interdum molestie euismod et, eleifend tempor lectus. Suspendisse fringilla nunc in nisi elementum vestibulum. Vivamus auctor risus ut dolor scelerisque vel condimentum nulla porttitor. Maecenas dictum commodo suscipit.


Nullam mattis ante at purus scelerisque vitae pulvinar tortor tempor. Pellentesque pretium fermentum imperdiet. Morbi a commodo diam. Nulla iaculis, magna at vulputate pulvinar, magna odio venenatis turpis, et mattis magna est a mi. Nullam a viverra ipsum. Aliquam elementum massa at augue ultrices vel tincidunt enim semper. Aliquam erat volutpat. Cras sed nulla elit. In eleifend, tellus ut elementum lacinia, nulla dolor fermentum leo, gravida facilisis lectus ante eget quam.

Quisque imperdiet tristique turpis, vel pulvinar eros feugiat sed. Proin dictum ipsum et ante laoreet at luctus orci tempus. Phasellus at dolor condimentum orci interdum accumsan. Etiam eget elementum odio.
Quisque in lorem tellus, sed rutrum odio. Pellentesque cursus, nibh ut scelerisque adipiscing, metus lacus aliquam mauris, in porta magna lectus quis ligula. Pellentesque a mi at erat ultricies mollis ut non ligula. Nam eget mollis sem. Sed vitae tristique ante.

Cras eget tortor diam, sit amet dictum ipsum. Pellentesque habitant morbi tristique senectus et netus et malesuada fames ac turpis egestas. Fusce sit amet magna augue. Phasellus sed neque sit amet orci egestas ullamcorper. Sed ultricies pellentesque augue, eu venenatis tortor ullamcorper id.

Renungan Hadith

Enjin Carian Google