BINGKA ROTI PANDAN KOKO

Bahan-bahannya:
1 buku roti sandwish
3 biji telur
½ cawan gula
½ cawan margerin
2 cawan air susu
½ cawan serbuk koko
¼ cawan tepung ganndum

Cara-caranya:
Roti dipotong kecil-kecil dan direndam bersama air susu.
Putar magerin bersama gula sehingga kembang.
Masukkan telur satu persatu dan kacau hingga sebati.
Masukkan serbuk koko yang dicampur bersama tepung gandum kedalam adunan berselang seli dengan roti yang direndam tadi. Gaul sehingga rata kesemuanya.
Masukkan adunan kedalam adunan dan bakar selama 30 minit.


TEMPOH PENYEDIAAN : 1 JAM
KOS PERBELANJAAN : RM 6.20

MEE KUAH

MEE KUAH

Bahan-bahannya

1kg mee kuning
4 sudu cili kisar
4 sudu bawang merah kisar
2 sudu bawang putih kisar
1 sudu halia kisar
1 camca teh serbuk kunyit
½ kg ubi keledek di rebus dan dikisar halus
½ kg udang diasingkan isi dan kulitnya (kulitnya dibasuh dan direbus)
sedikit daging, ayam dan sotong
gula dan garam mengikut rasa


Bahan-bahan untuk hiasan

Sawi, taugeh, daun sup, cili merah, limau kasturi, tauhu, cucur udang dan bawang goreng serta telur rebus.


Cara-caranya

Ubi keledek di rebus dan dikisar, udang di asingkan isi dan kulitnya, kemudian direbus. Setelah itu asingkan air rebusan dan kulit udang. Kulit udang dikisar bersama dengan sedikit air, kemudian ditapis dan ambil airnya sahaja.
Panaskan minyak dalam periuk . masukkan bawang merah dan bawang putih kisar, kacau sehingga kekuningan. Kemudaian masukkan halia dan cili kisar serta serbuk kunyit, kacau hingga naik minyak. Setelah itu masukkan daging dengan sedikit air rebusan udang, biar sehingga daging empuk. Kemudian masukkan udang ayam dan sotong, biar seketika. Masukkan air rebusan udang dan air kisaran kulit udang. Masukkan keledek kisar, jika kuah tersebut agak pekat bolehlah ditambahkan dengan air. Biarkan kuah mendidih seketika dan masukkan garam dan gula mengikut citarasa anda. Biarkan kuah mendidih dengan api yang perlahan.
Sementara menunggu kuah siap bolehlah celurkan mee kuning, sawi dan taugeh. Tauhu hendaklah digoreng dan di hiris nipis.
Setelah kuah siap boleh dihidangkan dengan bahan hiasannya.

SELAMAT MENCUBA....

Renungan Hadith

Enjin Carian Google