Rahsia Anak Pintar




Alangkah bagusnya memiliki anak-anak bijak dan pintar.

Baru-baru ini saya terfikir satu persoalan. Apakah agak-agaknya yang bakal anak-anak saya hadapi dimasa yang akan datang? Dunia semakin mencabar. Kita boleh lihat bagaimana kos hidup semakin meningkat dengan begitu mendadak sekali. Harga rumah melambung naik. Nilai hartanah juga semakin meningkat dan semakin terhad peluang untuk memiliki hartanah yang berkos sederhana. Bukan itu sahaja, bahan-bahan keperluan asas seperti makanan juga semakin hari, semakin naik. Bagaimana agaknya 10-20 tahun lagi?

Cuba lihat sekeliling kita. Pusat-pusat tusyen tumbuh bagai cendawan kerana banyak permintaan. Setiap ibu bapa seolah-olah bertanding dengan keputusan peperiksaan anak-anak mereka dan berbangga-bangga jika anak mereka mendapat keputusan yang baik. Bagaimanalah agaknya anak-anak kita ya?

Nampaknya, memang anak-anak kita perlu ‘outstanding’ dalam pelajaran kerana itulah penilaian masyarakat sekarang ini. Tapi persoalan yang timbul adalah;

Apakah anak kita dilahirkan pintar?

Anak saya lemah di sekolah! Adakah masih ada peluang unutk mengubahnya?

Rupa-rupanya, kepintaran anak boleh dijana. Selama ini kita tertipu dengan mitos yang ditanam penjajah bahawa kepintaran anak adalah factor genetic semata-mata. Kita sering anggap anak-anak mat salleh semua pandai-pandai. Rupa-rupanya, anak kita juga berpotensi menunjukkan prestasi yang baik jika kita sebagai ibu bapa dapat memberikan peluang dan rangsangan yang betul. Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dalam menjana kepintara anak sangat besar pengaruhnya.

Kata-kata pakar berikut mengukuhkan lagi kenyataan di atas.

"Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak"

Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
Pakar Motivasi

"All children are born geniuses, and we spend the first six years of their lives degeniusing them"

R. Buckminster Fuller

Ebook ini bertajuk Rahsia Anak Pintar. Penulis ebook ini telah membuat suatu pendedahan yang bakal membuka mata para ibu bapa. Ia ditulis berdasarkan pengalaman mendidik anak selama 16 tahun. Konsep ebook ini adalah dari Ibu Bapa kepada Ibu Bapa. Sudah tentu gaya penyampaiannya berbeza dengan penyampaian pakar-pakar pendidikan dan motivasi yang terlalu teoritikal. Penulis mengakui bahawa mereka bukan pakar, sebaliknya ibu bapa biasa seperti kita juga. Tetapi dengan sedikit ilmu pengetahuan dan kesungguhan, mereka telah berusaha mendidik dan merangsang anak-anak mereka sejak dari kandungan lagi.

Dengan harga yang berpatutan, rasanya kita tak perlu berfikir panjang unutk memiliki ebook ini. Adakah kita terlalu berkira-kira untuk mengeluarkan kos bagi pendidikan anak-anak?

Klik banner di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut..

TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK

Motivasi adalah proses psikologi yang merangsang, memberi arah dan mengekalkan tingkah laku seseorang ke arah pencapaian matlamat tertentu. Motivasi belajar pula boleh didefinisikan sebagai keinginan yang sangat kuat pada diri seseorang pelajar yang mendorongnya untuk berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kecemerlangan di dalam pelajaran. Menurut Abraham Harold Maslow, seorang pakar psikologi menyebut di dalam bukunya bertajuk Motivation and Personality bahawa individu akan terus bermotivasi oleh kerana adanya sesuatu matlamat. Beliau menjelaskan lagi bahawa matlamat tersebut merangkumi 5 keperluan iaitu fisiologi, keselamatan, sosial, penghormatan dan pencapaian hasrat hati bagi diri seseorang.

ANAK BELAJAR DARI KEHIDUPANNYA


Gaya komunikasi yang baik antara ibu atau bapa terhadap anak-anak merupakan sumber pembentuk peribadi mulia kepada remaja. Setiap ibu atau bapa di dalam dunia ini mempunyai latar belakang dan pengalaman yang berbeza. Oleh itu mereka menggunakan gaya yang berbeza dalam berkomunikasi dengan anak-anak. Komunikasi yang berkesan antara ibu bapa dan anak-anak adalah merujuk kepada perhubungan dua hala antara kedua-duanya. Perhubungan dua hala ini perlu wujud dalam keadaan mesra dan tanpa sebarang ‘mental block’. Namun kebanyakkan ibu bapa tidak menyedari stail komunikasi mereka terhadap anak-anak remaja terutama dalam mendisiplinkan anak, yang mana telah wujud penggunaan ‘kuasa diktator’ di dalam percakapan mahu pun perbuatan meraka.

Gaya komunikasi yang di amalkan oleh ibu atau bapa dalam keluarga menentukan persepsi remaja terhadap gaya komunikasi ibu atau bapa di dalam keluarga tersebut. Tidak semua gaya komunikasi ibu atau bapa boleh diterima oleh remaja sebagai gaya komunikasi yang positif. Peranan persekitaran juga tidak kurang pentingnya di dalam menentu sikap dan keperibadian anak-anak.

Renungi terjemahan petikan kata-kata Dorothy Law Notle di bawah;

Jika anak dibesarkan dengan celaan,
dia belajar memaki.

Jika anak dibesarkan dengan permusuhan,
dia belajar berkelahi.

Jika anak dibesarkan dengan cemuhan,
dia belajar rendah diri.

Jika anak dibesarkan dengan penghinaan,
dia belajar menyesali diri.

Jika anak dibesarkan dengan toleransi,
dia belajar menahan diri.

Jika anak dibesarkan dengan dorongan,
dia belajar percaya diri.

Jika anak dibesarkan dengan celaan,
dia belajar memaki.

Jika anak dibesarkan dengan pujian,
dia belajar menghargai.

Jika anak dibesarkan dengan perilaku yang baik,
dia belajar keadilan.

Jika anak dibesarkan dengan rasa aman,
dia belajar menaruh kepercayaan.

Jika anak dibesarkan dengan dokongan,
dia belajar menyayangi dirinya.

Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan,
dia belajar menemukan cinta dalam kehidupan

HIKMAH IBADAH HAJI


Ibadah haji yang mula dilaksanakan oleh nabi Adam a.s. , membawa erti dan pengajaran yang amat besar kepada manusia sejagat.

Setiap tahun berjuta-juta umat Islam dari seluruh pelusuk dunia dengan tujuan yang satu berkumpul dan melaksanakan ibadah haji. Kerajaan Arab Saudi terpaksa menentukan ‘quota’ tertentu ke atas negara-negara di seluruh dunia untuk menghadkan jumlah orang yang mengerjakan Ibadah Haji bagi mengelak kesesakan. Ada yang terpaksa menunggu giliran melebihi sepuluh tahun untuk menunaikan Fardhu Haji. Di Malaysia, dimaklumkan oleh pihak Tabung Haji Malaysia bahawa sekiranya seseorang mendaftar pada bulan ini (Januari 2010), dijangka mendapat giliran mengerjakan Haji pada tahun 2029.

Musim haji bagi tahun 1430H/2009M baru sahaja berakhir. Kira-kira 3 juta orang Islam dari seluruh dunia telah selesai mengerjakan ibadah haji yang merupakan rukun Islam kelima. Terbukti, kebesaran Allah s.w.t menjemput hambaNya sebagai tetamu dari berbagai keturunan, warna kulit dan latar belakang. Walaupun dunia digemparkan dengan wabak penyakit H1N1, namun Baitullah tetap penuh sesak dengan manusia yang ingin mengabdikan diri kepada penciptanya. Malah tidak timbul pun masalah merebaknya penyakit H1N1 disebabkan perjumpaan besar umat Islam tersebut.

Hujan yang turun pada tanggal 8 Zulhijjah yang lalu telah menyebabkan banjir di Jeddah malah telah mengakibatkan lebih seratus orang terkorban, pastinya ada hikmah tersendiri di sebalik kejadian tersebut. Bagi orang Arab, mereka tidak pernah menyangkal bahawa hujan yang turun merupakan hujan rahmat dari Allah s.w.t. Akibat daripada hujan yang turun tersebut, di padang Arafah juga turut mendapat manfaat. Hujan yang turun sehari sebelum wukuf di Arafah telah menyebabkan keadaan persekitaran yang terhindar daripada debu. Suasana sepanjang waktu siang yang nyaman, tidak panas sejak dari pagi hingga ke sebelah petang.

Setiap kali musim haji, sejak tanggal 8 Zulhijjah lagi, kebanyakan jemaah haji sudah mula berpakaian ihram. Pada tanggal 9 dan 10 Zulhijjah, tidak seorang pun jemaah haji akan terlepas daripada memakai pakaian ihram. Malah ada di antara jemaah haji berada di dalam pakaian ihram untuk tempoh yang lebih lama atas sebab-sebab tertentu (mengikut syariat) seperti mereka yang memilih Haji Ifrad atau sebagainya. Berpakaian ihram yang seragam melambangkan semua umat manusia samada kaya atau miskin, berpangkat atau tidak, rakyat atau raja, semuanya sama di sisi Allah s.w.t. Sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud ”Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu adalah yang paling takwa dari kalangan kamu.”

Amalan haji di Arafah, Mudzalifah dan Mina selama 4-5 hari menuntut jemaah haji supaya sentiasa memberi hak sesama jemaah haji yang lain. Keadaan kekurangan air, tandas yang terhad, makanan yang tidak memenuhi selera dan sebagainya merupakan cabaran dan dugaan. Situasi sebegini juga merupakan penilaian kepada tahap iman jemaah haji tersebut. Di sini, kita boleh menilai diri sendiri dari segi hubungan sesama manusia (hablumminannas). Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w bahawa “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga kamu mengasihi saudara kamu sepertimana kamu mengasihi diri kamu sendiri.”

Allah s.w.t menjanjikan pengampunan kepada mereka yang menunaikan fardhu haji. Hati akan tunduk kepada kekuasaan Allah, kebesaran Allah s.w.t akan diperlihatkan, terasa betapa kerdilnya kita sebagai hambaNya.

Semua jemaah haji akan pulang dengan pengalaman dan pengajaran yang tersendiri. Ramai yang menceritakan bagaimana peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas mereka merupakan teguran-teguran ke atas sikap mereka yang tertentu. Pengalaman dan pengajaran tersebut akan memberi kesan membentuk peribadi jemaah haji tersebut kepada yang lebih baik. Mereka yang pernah mengunjungi Baitullah, pastinya menyemat keinginan dan harapan yang tinggi untuk mengunjunginya semula pada masa yang akan datang samada dengan mengerjakan haji atau umrah.

Terima atau tidaknya ibadah seseorang adalah urusan Allah s.w.t, namun sebagai hambanya hendaklah kita berusaha mempersembahkan yang terbaik kepada Pencipta (khaliq) kita. Sehubungan itu, setiap jemaah haji hendaklah memastikan harta yang bersih sahaja digunakan untuk menunaikan Ibadah Haji. Seboleh-bolehnya semua pinjaman-pinjaman yang masih ada, tidak satupun terlibat dengan riba. Selebihnya, kita hanya mampu berserah dan mengharapkan rahmat daripada Allah S.W.T.

Sebagaimana ibadah solat, puasa dan zakat, amalan haji mempunyai hikmah-hikmah tersendiri yang disediakan oleh pencipta manusia. Allah s.w.t adalah pencipta manusia dan Maha Mengetahui apa-apa yang diperlukan oleh manusia dan apakah yang terbaik untuk manusia lakukan serta apakah perkara-perkara yang perlu manusia jauhkan...

Semoga Allah S.W.T mengurniakan haji MABRUR kepada semua jemaah haji bagi musim haji yang baru sahaja berlalu..Wallahu a’lam.

Renungan Hadith

Enjin Carian Google