Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

El Nino: Sayangi Bunga-bungaan Kita



Pesanan buat diri sendiri. Musim panas El Nino yang melanda dijangka lebih panjang masanya. Bukan manusia sahaja merasa bahang panas yang luarbiasa, malah tumbuh-tumbuhan dan haiwan juga.

Jangan lupa, bunga-bungaan kita juga memerlukan air yang cukup. Klau boleh siraman perlu lebih kerap untuk mengurangkan panas berlebihan tanaman kita. Sedangkan kain pun boleh cuci 3-4 kali sehari sebab cepatnya kering :)

Walau apapun jua, tetap juga masih banyak nikmat yang kita guna setiap hari kurniaan Allah s.w.t. Semoga cuaca panas cepat reda seperti sediakala..amin

Teknik Turunkan Berat Badan Tanpa Risiko


Masalah obesiti dalam masyarakat Malaysia semakin membimbangkan. Malah masalah ini telah menjadi punca kepada munculnya pelbagai penyakit kronik dalam diri penghidap obesiti seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, stroke dan banyak lagi.


Apa yang lebih menakutkan, penghidap obesiti berisiko untuk mengalami kecederaan pada bahagian organ dalaman. Seterusnya, kecederaan itu boleh menjadi semakin serius sekiranya obesiti yang dialami tidak diatasi.

Oleh itu, seseorang yang menghidap obesiti seharusnya menurunkan berat badan mereka bagi mengelakkan pelbagai masalah yang lebih besar timbul. Untuk turunkan berat badan, mereka perlu menggunakan teknik neutral yang tidak berisiko.

Jadi, mereka boleh bermula dengan mengamalkan atau memperbetulkan tabiat pemakanan salah kepada diet yang lebih betul dan teratur. Untuk bermula, ianya sangat mudah. Anda boleh mula sedikit semi sedikit dengan mengawal pemakanan anda selama ini.

1. Kurangkan Makanan Berlemak & Berkolesterol

- Secara umumnya, lemak dan kolesterol diakui penyebab kepada obesiti. Ianya banyak terkandung dalam daging, mentega, keju, kentang goreng dan lain-lain. Biasanya, lemak dan kolesterol boleh didapati dalam kesemua makanan segera. Contohnya Kentucky Fried Chicken (KFC). Selama ini, pusat makanan itu mungkin favourite anda. Apa kata selepas ini anda elakkan dari berkunjung ke sana. Sekaligus mengurangkan pengambilan makanan yang kurang berkhasiat itu.


2. Kurangkan Gula

- Antara makanan bergula yang menyumbangkan kalori tidak berkhasiat kepada badan adalah seperti aiskrim, minuman berkarbonat, coklat dan kek. Dengan memakan makanan itu, ianya bukan setakat menyebabkan anda gemuk malah berisiko untuk mendapat kerosakan gigi yang teruk, kencing manis, serangan jantung dan lain-lain penyakit kronik. Anda mungkin perlu membuat jadual khusus pengambilan makanan bergula agar tidak terlebih mengambilnya.


3. Kurangkan Garam

- Jika makanan bergaram diambil dalam kuantiti yang banyak secara kerap, ia boleh menjemput penyakit seperti tekanan darah tinggi. Malah, bahagian di bawah kulit boleh mengandungi banyak air disebabkan kandungan natrium yang tinggi dalam badan. Anda boleh mengelak dari terambil garam yang banyak dengan menghindari makanan seperti kentang goreng, makanan dalam tin, makanan ringan dan sebagainya.


4. Kurangkan Kafien

- Kafein dikatakan ubat tahan mengantuk kepada sesetengah orang. Sebenarnya, dengan pengambilan kafein secara kerap, ia menyebabkan seseorang itu mudah mengalami cemas, letih, susah tidur, sakit kepala dan lain-lain. Kafein juga mampu meningkatkan kuantiti gula dalam darah. Maka ia berkaitan dengan huraian gula di atas. Apa kata selepas ini anda banyakkan minum air masak daripada mengambil minuman berkafein. Ianya lebih berkhasiat dan baik untuk badan.


5. Kurangkan Bahan Perasa

- Kebiasaannya, bahan perasa seperti monosodium glutamate (MSG) banyak terkandung dalam makanan tin, makanan ringan dan sebagainya. Ia dicampur untuk menambahkan kelazatan seseuatu makanan. Tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa bahan perasa itu boleh mengundang penyakit seperti alergi, kerosakan buah pinggang, otak dan lain-lain.

Sekarang, anda dah tahu kesan buruk kepada pengambilan makanan-makanan seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Bahkan, makanan yang disebut boleh dikatakan diambil oleh masyarakat kita pada setiap hari. Kurangkan pengambilan makanan itu untuk jalani kehidupan dengan lebih sihat.

Nak buat memang susah pada permulaannya. Apa yang penting? Kuatkan semangat dan percaya kepada diri sendiri bahawa anda mampu lakukannya. Tak sakit pun jika anda tak makan makanan macam tu. Bertambah sihat dan cergas adalah!

Anda nak tahu lebih banyak tips pemakanan dan diet yang mudah lagi berkesan? Layari ke http://www.rahsiadietwanita.com/hop.php?ref=lina untuk dapatkan ebook Rahsia Diet Wanita.

KEISTIMEWAAN BUAH TAMAR


Kurma atau tamar atau nama botaninya, Phoenix dactylifera adalah sejenis buah-buahan yang kaya dengan nutrien, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kesihatan tubuh dan otak. Buah kurma berupaya memulihkan tenaga setelah seharian berkerja. Setiap kali kita makan kurma, tenaga yang diserap oleh tubuh bertindak serta merta berbanding buah-buahan lain yang terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzime sebelum bertukar menjadi glukosa dan seterusnya barulah dapat diserap oleh tubuh sebagai tenaga.

Istimewa lagi, pokok kurma hanya tumbuh subur di negara Asia Barat seperti Arab Saudi, Iraq, Iran dan Mesir. Orang-orang Arab menganggap buah kurma sebagai makanan istimewa buat mereka. Mereka mempelbagaikan cara penyediaan kurma sebagai pemakanan; mereka memakannya bersama segelas susu, yogurt, roti, mentega dan ikan.

Buah istimewa yang tidak terhitung khasiatnya ini sangat popular di kalangan masyarakat Islam di seluruh dunia terutama apabila tibanya bulan Ramadhan. Hanya dengan sebiji tamar dan segelas air, kita boleh menahan diri berpuasa sepanjang hari. Itulah keajaiban buah kurma yang menjadi sunnah Rasulullah s.a.w.

Jangan lepaskan peluang melaksanakan ibadah puasa bersama buah kurma dengan kedatangan Ramadan 1432 Hijrah nanti. Sempena Ramadan yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi, jadikanlah buah kurma sebagai pembuka puasa yang mana menjadi satu amalan sunnah...

"SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK"



H1N1 - PANDUAN PENJAGAAN KESIHATAN DI RUMAH


Jangkitan virus influenza A(H1N1) telah menular di kalangan masyarakat kita dan sesiapa sahaja berisiko dijangkiti virus ini. Oleh hal yang demikian, setiap anggota masyarakat perlu mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak virus ini dari terus merebak dan mengancam kesihatan kita semua.

Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema (influenza-like-illness), anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak pergi ke tempat kerja, sekolah atau mana-mana tempat awam.

Semasa berada di rumah, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut :

A. Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah

Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.

Berehat secukupnya.

Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.

Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan seperti di Perkara (C) segera dapatkan rawatan doktor.

Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).

B. Nasihat Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah

1. Amalkan adab batuk yang baikPesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.

2. Tingkatkan penjagaan kebersihan diriPesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut :

o Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.
o Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
o Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan yang kerap disentuh, dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa digunakan di rumah.

3. Jangan kongsi peralatan peribadiPeralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.

4. Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social Distancing)

o Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
o Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.
o Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya (1) meter untuk menggelakkan jangkitan.
o Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap mencuci tangan.

C. Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah

Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :

1. Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
3. Sakit dada berterusan
4. Cirit-birit atau muntah yang kerap
5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
7. Rasa pening apabila berdiri
8. Kurang kencing

KHASIAT COKLAT


KEBAIKAN COKLAT (KOKO)

COKLAT MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Kajian mendapati bahawa kuantiti antioksida yang diserap dari koko dan coklat adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur. Pengambilan koko sebagai makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung.

KOKO MENINGKATKAN KEBOLEHAN MENGATASI TEKANAN

Kajian menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa di dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa polifenol dapat menghalang perubahan sikap emosi di bawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.

KOKO MELAMBATKAN PROSES PENUAAN

Penuaan adalah salah satu proses yang disebabkan kerosakan sel oleh radikal bebas. Sehubungan itu, pemakanan yang kaya dengan antioksida dapat melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas di mana jangkahayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan sehingga 5-10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida (dengan izin Allah). Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiologi dari Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polifenol sebagai antioksida dalam coklat.

COKLAT SEBAGAI MAKANAN BERKHASIAT

Coklat adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar. Kandungan nutrient di dalam coklat merupakan makanan yang seimbang.

Renungan Hadith

Enjin Carian Google