RESIPI MURUKU MUDAH



Bahan-bahannya

Bahan A

1 bungkus tepung muruku (400g) , digoreng tanpa minyak
2 sudu besar bijan, digoreng tanpa minyak
1 sudu besar jintan manis
1 sudu teh jemuju (jika suka – optional)
2 sudu besar serbuk rempah kari daging
½ sudu teh soda bicarbonate.
Garam mengikut rasa

3 sudu besar marjerin atau minyak sapi, cairkan
Santan – mengikut adunan doh, ketika menguli (adunan doh kental)

Cara-caranya

1. Campur semua bahan A di atas dan gaul hingga sebati.
2. Kemudian masukkan marjerin cair. Gaul adunan hingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Buat lubang di tengah adunan dan masukkan santan sedikit demi sedikit.
4. Uli adunan hingga menjadi doh yang kental dan jadikan kepada beberapa ketul doh yang kecil.
5. Rehatkan doh selama ½ jam.
6. Masukkan doh ke dalam acuan maruku dan pusing di dalam minyak yang panas. Masukkan daun kari dan goreng terendam hingga kekuning-kuningan.
7. Akhir sekali, sejukkan muruku dan simpan dalam bekas kedap udara.

“ RESIPI LINA”


PIDATO KEMERDEKAAN


MENSYUKURI NIKMAT KEMERDEKAAN

(Nurul Farizah binti Mohamad Ja’afar)


Assalamu 'alaikum pembuka bicara,
Kepada guru yang arif bijaksana,
Tak lupa juga rakan-rakan dan pengacara,
Di majlis ini kita bersua.

Yang berusaha, Puan Fatimah Makhdirol Guru Besar Sek. Keb. Taman Tawau , Penolong-penolong kanan, guru-guru Sek. Keb. Taman Tawau, guru-guru SRJK Hing Hwa serta rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera.

Sukacita saya memulakan pidato ini dengan seruan agar kita bersyukur ke hadhrat Ilahi kerana telah mengurniakan kita sebuah negara yang aman dan makmur”.

Dengan nikmat keamanan dan kemakmuran ini, kita boleh menjalani kehidupan harian dengan selesa. Bebas mencari rezeki di mana-mana tanpa rasa takut. Tidak seperti sesetengah negara yang bergolak, rumah-rumah ibadat dibom, rompakan dan pembunuhan di sana sini.

Sesungguhnya nikmat keamanan, kebebasan dan kemakmuran yang kita kecapi hari ini tidak datang dengan mudah. Ianya tidak datang secara kebetulan atau percuma bahkan diperolehi dengan perjuangan dan susah payah. Bak kata bidalan YANG BULAT TIDAK DATANG BERGOLEK, YANG PIPEH TIDAK DATANG MELAYANG.

Hakikatnya para pejuang tanahair terdahulu telah mewariskan kepada kita sebuah negara yang merdeka. Sebuah negara yang bebas daripada belenggu penjajah.

Sidang hadirin sekalian,

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Beliau dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan. Kemerdekaan yang dicapai memalui perundingan itu telah meletakkan Malaysia di tempat yang paling selamat dan dihormati.

Tun Abdul Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau telah meneroka perjuangan mengisi kemerdekaan melalui pelan pembangunan strategik yang kukuh.

Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri Malaysia ketiga meneruskan misi mengisi kemerdekaan. Beliau telah menumpukan perhatian yang lebih kepada perpaduan. Perpaduan merupakan asas pembangunan.

Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat. Beliau digelar Bapa Pemodenan kerana mempunyai wawasan yang jauh dalam membangunkan Negara. Pencapaian cemerlang beliau telah memartabatkan Negara kita Malaysia, lebih dikenali di peringkat antarabangsa.

Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri Malaysia ke 5. Aspek modal insan diberi penekanan istimewa. Integriti, ketelusan dan keadilan dilihatnya sebagai utama.

Hadirin, hadirat yang dihormati sekalian,

Kini, giliran Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Beliau telah mengadun kesemua gaya pemerintahan dan pemikiran pemimpin terdahulu melalui Gagasan Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Gagasan Satu Malaysia mengajak kita menghargai kemerdekaan yang telah diwariskan kepada kita. Tugas kita seterusnya adalah memelihara dan mengisi kemerdekaan yang sudah di dalam genggaman kita. Setiap cabaran yang datang perlu ditangani dengan berkesan.

Bagi memelihara keamanan dan kestabilan negara ini, seluruh rakyat hendaklah bersatu padu. Memupuk semangat persefahaman yang berterusan, toleransi yang tinggi serta kerjasama yang kukuh tanpa mengira kaum.

Akhir sekali, Marilah sama-sama kita berganding bahu tanpa mengira kaum, agama dan budaya berpadu tenaga berusaha ke arah mengekalkan kemerdekaan negara kita yang tercinta.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sekian, wassalamualaikum warohmatullahi, wabarokatuh.

H1N1 - PANDUAN PENJAGAAN KESIHATAN DI RUMAH


Jangkitan virus influenza A(H1N1) telah menular di kalangan masyarakat kita dan sesiapa sahaja berisiko dijangkiti virus ini. Oleh hal yang demikian, setiap anggota masyarakat perlu mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak virus ini dari terus merebak dan mengancam kesihatan kita semua.

Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema (influenza-like-illness), anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak pergi ke tempat kerja, sekolah atau mana-mana tempat awam.

Semasa berada di rumah, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut :

A. Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah

Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.

Berehat secukupnya.

Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.

Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan seperti di Perkara (C) segera dapatkan rawatan doktor.

Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).

B. Nasihat Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah

1. Amalkan adab batuk yang baikPesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.

2. Tingkatkan penjagaan kebersihan diriPesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut :

o Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.
o Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
o Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan yang kerap disentuh, dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa digunakan di rumah.

3. Jangan kongsi peralatan peribadiPeralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.

4. Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social Distancing)

o Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
o Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.
o Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya (1) meter untuk menggelakkan jangkitan.
o Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap mencuci tangan.

C. Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah

Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :

1. Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
3. Sakit dada berterusan
4. Cirit-birit atau muntah yang kerap
5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
7. Rasa pening apabila berdiri
8. Kurang kencing

KHASIAT COKLAT


KEBAIKAN COKLAT (KOKO)

COKLAT MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Kajian mendapati bahawa kuantiti antioksida yang diserap dari koko dan coklat adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur. Pengambilan koko sebagai makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung.

KOKO MENINGKATKAN KEBOLEHAN MENGATASI TEKANAN

Kajian menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa di dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa polifenol dapat menghalang perubahan sikap emosi di bawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.

KOKO MELAMBATKAN PROSES PENUAAN

Penuaan adalah salah satu proses yang disebabkan kerosakan sel oleh radikal bebas. Sehubungan itu, pemakanan yang kaya dengan antioksida dapat melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas di mana jangkahayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan sehingga 5-10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida (dengan izin Allah). Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiologi dari Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polifenol sebagai antioksida dalam coklat.

COKLAT SEBAGAI MAKANAN BERKHASIAT

Coklat adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar. Kandungan nutrient di dalam coklat merupakan makanan yang seimbang.

Renungan Hadith

Enjin Carian Google