Biskut Raya Versi 2014
Posted by
Nor Azlina
on Friday, August 15, 2014
Labels:
Biskut,
biskut power,
biskut sedap,
kuih raya,
rahsia kuih raya,
Tips kuih raya
/
Comments: (0)
Pejam celik, pejam celik..dah pun sampai ke penghujung Syawal. Walau bagaimanapun, suasana hari raya masih meriah di sesetengah tempat. Ada juga yang masih lagi buat kuih raya sebagai tambahan kepada kuih raya yang semakin berkurang, dalam pada acara kunjung-mengunjung masih lagi rancak.
Program rumah terbuka juga nampaknya masih lagi berlangsung untuk tempoh 10 hari lagi :). Alhamdulillah, kepada yang telah selamat berpuasa sebulan, dan ditambah pula dengan puasa sunat 6 Syawal... semoga amalan kita diterima Allah s.w.t hendaknya di samping menikmati kemeriahan Syawal.
RESIPI ISTIMEWA BLUEBERRY ALMOND SLICE UNTUK AIDIL FITRI
Posted by
Nor Azlina
on Friday, May 23, 2014
Labels:
Biskut,
Bisnes Kuih Raya,
Tips kuih raya
/
Comments: (1)
RESIPI
BAHAN
|
1 ADUNAN
|
BUTER
|
250 gm
|
MAJERIN
|
30 gm
|
GULA AISING
|
60 gm
|
ESEN VANILA
|
1 sudu teh
|
TEPUNG KENTANG
|
100 gm
|
TEPUNG GANDUM
|
250 gm
|
CORNFLAKES
|
½ cwn di kisar
|
BAHAN HIASAN
:
Jem blueberry atau
jem kegemaran yang lain
Almond slice secukup
nya
TOPPING:
2 biji telur
ambil putihnya sahaja
150 gm gula
aising
1 sudu teh tepung
jagung
Pukul putih telur
dan gula dengan kelajuan maksima. Campur tepung jagung. Pukul hingga kental (jika di terbalikkan adunan tak jatuh).
CARA MEMBUATNYA :
Campurkan tepung
gandum, tepung kentang dan cornflakes kisar hingga rata kesemuanya.
Putar mentega,
gula aising dan esen vanilla hingga sebati.
Masukkan campuran tepung tadi
sedikit demi sedikit hingga habis dan menjadi doh yang lembut .
Canai doh dan
terap dengan acuan kegemaran anda.
Cucuk biskut tadi dengan garpu atau pencungkil gigi..
Bakar biskut dalam
oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 10 - 12 minit @ hingga
kekuningan.
Angkat biskut dan sapu dengan jem.
Kemudian pipingkan topping di
atas jem tadi. Atur almond slice di atas topping tadi.
Akhir sekali bakar
semula biskut tadi hingga masak.
COKLAT HADIAH HARI GURU 2014
Posted by
Nor Azlina
on Monday, May 19, 2014
Labels:
Khas,
kuih raya,
kuih-kuih moden dan tradisional,
Masakan
/
Comments: (0)
Alhamdulillah... Sebahagian hasil tangan ibu sebagai tanda terima kasih kepada para guru. Orang yang bertungkus lumus memberi tunjuk ajak kepada anak-anak. Biarpun kecil dari segi harganya, namun tanda penghargaan adalah lebih utama...
Selamat Hari Guru
REKAAN KHAS BUAT MAJLIS PERPISAHAN GURU BERPINDAH.
Posted by
Nor Azlina
on Wednesday, April 23, 2014
Sudah lumrah
sebuah majlis akan diadakan bagi meraikan seseorang yang disayangi apabila
hendak berpindah. Tidak kira samada orang dewasa, belia atau remaja..hatta
kanak-kanak.
Inilah “Puding
Lapis Empat Rasa” sebuah ‘tanda perpisahan’ buat seorang guru yang akan
berpindah. Walaupun tidak seberapa dari segi harga, tetapi nilainya tidak
terkira. Apatah lagi hasrat untuk mengadakan jamuan perpisahan adalah daripada
murid-murid Tahun 4 Bestari.
“Salam Perpisahan”
Kalau ada
sumur di ladang,
Boleh saya
menumpang mandi,
Kalau ada
umur yang panjang,
Boleh kita
berjumpa lagi..
# Puding Lapis Empat Rasa; sayangnya
tak ambil gambar yang sudah dipotong. Lapisan pertama, pudding roll cake.
Lapisan kedua, pudding coklat tabor coklat rice. Lapisan 3, pudding marble vanilla.
Lapisan 4, pudding serikaya.



.jpg)
