Showing posts with label Bisnes Kuih Raya. Show all posts
Showing posts with label Bisnes Kuih Raya. Show all posts

Resepi Biskut 2016 - Biskut Pinky Blueberry



BAHAN-BAHAN


BAHAN

(1 ADUNAN)
Butter
250gm
Gula halus
100gm
Kuning telur
1biji
Esen vanila
1sudu teh
Tepung jagung
100gm
Tepung gandum
250gm
Tepung beras
2 sudu besar
Cornflakes
1/2 cawan dan dikisar
Susu tepung
2sudu besar


TOPPING:

Coklat perisa strawberry
Blueberry paste

CARA-CARA

1. Satukan tepung jagung, tepung gandum, tepung beras, susu tepung dan cornflakes kiasar.

2. Butter dgn gula diputar hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila, putar seketika.

3. Masukkan campuran tepung tadi ke dalam adunan di atas dan gaul hingga sebati. Jika adunan lembik, campurkan adunan dengan tepung gandum sedikit demi sedikit.

4. Atur paper cup ke dalam paper cup tray. Kemudian ambil sedikit adunan, buat seperti bebola kecil dan masukkan dalam paper cup. Tekan bebola tersebut sebingga rata permukaan nya.

5. Bakar biskut tadi dengan suhu 120 Âșc sehingga masak. Setelah masak sejukkan terlebih dahulu biskut tersebut sebelum letak topping.

6. Masak coklat strawberry secara ”double boiler” sehingga coklat cair. Pipingkan coklat di atas biskut yang sejut tadi, hentak-hentakkan sedikit tray tersebut supaya coklat tersebut sama rata. Titikkan blueberry paste keatas coklat yang panas tadi dan lorekkan dengan pencungkil gigi. Biarkan sehingga coklat mengeras. Boleh juga masukkan biskut tadi kedalam  chiller supaya coklat cepat keras.

7. Setelah coklat keras, simpan biskut di dalam bekas kedap udara.


            SELAMAT MENCUBA 

RESIPI ISTIMEWA BLUEBERRY ALMOND SLICE UNTUK AIDIL FITRI




RESIPI


BAHAN

1 ADUNAN
BUTER
250 gm
MAJERIN
30 gm
GULA AISING
60 gm
ESEN VANILA
1 sudu  teh
TEPUNG KENTANG
100 gm
TEPUNG GANDUM
250 gm
CORNFLAKES
½ cwn di kisar
BAHAN HIASAN :
Jem blueberry atau jem kegemaran yang lain
Almond slice secukup nya
TOPPING:
2 biji telur ambil putihnya sahaja
150 gm gula aising
1 sudu teh tepung jagung
Pukul putih telur dan gula dengan kelajuan maksima. Campur tepung jagung. Pukul hingga kental (jika di terbalikkan adunan tak jatuh).

CARA MEMBUATNYA :

Campurkan tepung gandum, tepung kentang dan cornflakes kisar hingga rata kesemuanya. 
Putar mentega, gula aising dan esen vanilla hingga sebati. 
Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis dan menjadi doh yang lembut . 
Canai doh dan terap dengan acuan kegemaran anda. 
Cucuk biskut tadi dengan garpu atau pencungkil gigi.. 
Bakar biskut dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 10 - 12 minit @ hingga kekuningan. 
Angkat biskut dan sapu dengan jem. 
Kemudian pipingkan topping di atas jem tadi. Atur almond slice di atas topping tadi. 
Akhir sekali bakar semula biskut tadi hingga masak. 
>> SELAMAT MENCUBA <<


PANDUAN MEMUKUL TELUR PUTIH



Sebagai ‘tukang masak’ biskut dan kek pastinya tidak boleh lari daripada memukul telur di dalam penyediaan masakan. Namun masih ramai yang tidak mementingkan langkah-langkah terbaik bagi menghasilkan biskut dan kek berkualiti.

Sukacita kami ketengahkan beberapa tips yang boleh membantu meningkatkan kualiti biskut dan kek anda:

1.       Pastikan peralatan dalam keadaan bersih dan kering
2.       Saiz mangkuk hendaklah sesuai dengan kuantiti telur yang digunakan
3.       Perlahankan kelajuan pemutar sebelum menambah gula ke dalam adunan telur
4.       Gula ditambah hendaklah sedikit demi sedikit, setelah gula hancur baru ditambah lagi dan begitulah seterusnya.

p/s  kesan air atau minyak pada mangkuk adunan atau pemutar akan menyebabkan telur putih tidak akan mengembang.

  

TIPS PENTING SEBAGAI ASAS BUAT BISKUT BERKUALITI



Ramai yang ambil mudah terhadap proses membuat biskut dengan hanya mementingkan resepi semata-mata. Sedangkan sekiranya kita dapat mengamalkan petua-petua tertentu, ianya bakal menjadikan proses membuat biskut lebih sistematik dan biskut kita lebih berkualiti.

1. Baca dahulu keseluruhan resipi dan kumpulkan semua bahan dan alat-alat yang diperlukan

2. Gunakan bahan-bahan pada suhu bilik untuk campuran yang sempurna, melainkan diarahkan sebaliknya.

3. Bahan kering perlu disukat menggunakan sudu atau cawan penyukat, penuhkan cawan atau sudu kemudian ratakan dengan menggunakan belakang pisau.

4. Pastikan bahan-bahan penaik disukat dengan tepat

5. Apabila memeriksa sukatan cecair, hendaklah menggunakan cawan sukatan pada aras mata.

6. Susun biskut di dalam dulang pembakar dengan jarak yang sama.

7. Pastikan saiz biskut adalah seragam bagi memastikan tahap pembakaran tiap biskut adalah sama yang akhirnya akan memberikan kualiti yang sama

8. Gunakan lelemak sayuran untuk menyapukan gris pada kertas pembakar, penggunaan majerin atau mentega akan menyebabkan ianya mudah terbakar

9. Dulang pembakar perlu diletak pada bahagian tengah ketuhar ketika membakar.

10. Panaskan ketuhar terlebih dahulu 15 minit sebelum memulakan pembakaran biskut

11. Sejukkan dahulu biskut di atas rak dawai sebelum memasukkannya ke dalam bekas

12. Gunakan bekas yang berasingan untuk setiap jenis biskut yang berlainan jenis.

Kredit: Chef Wan




Buat Duit Raya Dengan Kuih Raya



Ketika musim raya, ramai yang pokai. Tahukah anda apa puncanya?

Baju raya anak, tukar langsir baru, duit raya, cat rumah dan macam-macam lagi.

Selain itu, salah satu punca mereka (mungkin anda sendiri) pokai adalah kerana terpaksa memenuhi keperluan menjamu tetamu dengan kuih raya.

Kini, kuih raya adalah satu keperluan yang mesti ada dalam setiap isi rumah setiap kali tiba musim perayaan khususnya Hari Raya.

Anda ingat tak dulu betapa seronoknya kita semasa zaman kanak-kanak di mana kita turut membantu ibu bapa, makcik-makcik, nenek membuat kuih raya, menganyam ketupat, membakar lemang, manakala kakak-kakak kita pula sibuk mencuba resepi-resepi terkini kuih raya moden?

Zaman tersebut sudah berlalu dibawa arus kemodenan.

Wanita-wanita yang dahulunya akan sibuk di dapur setiap kali menjelang musim raya, kini sudah berkerja di syarikat-syarikat korporat, kilang-kilang, pasaraya-pasaraya sekurang-kurangnya 8-9 jam setiap hari. Komitmen di tempat kerja menyebabkan mereka tidak dapat lagi menyediakan sendiri kuih raya. Oleh kerana mereka berkerja, maka mereka ada kuasa membeli yang agak tinggi. Oleh itu, sebagai alternatifnya, mereka akan membeli kuih raya dari mana-mana pembuat kuih raya bagi memenuhi keperluan di hari lebaran. Senang, cepat dan mungkin lebih sedap berbanding kuih raya buatan sendiri.

Tahukah anda bahawa 1/3 daripada tenaga buruh di Malaysia adalah wanita. Menurut banci pada 1995, 47.1% wanita (lingkungan umur 18-50 tahun) di Malaysia adalah pekerja iaitu sebanyak 2.9 juta orang. Itu adalah 1995, bayangkan situasi sekarang. Sudah pasti jumlah tersebut semakin bertambah.

Jumlah wanita bekerja yang semakin bertambah dan kekurangan kemahiran dan masa untuk membuat kuih raya di kalangan wanita berkerjaya juga amat menyumbang kepada permintaan kuih raya ‘ready made’.

Peluang besar buat anda……Apa yang boleh anda lakukan?

1. Buat kuih raya
2. Pembekal kuih raya
3. Penjual kuih raya

Ketiga-tiga skop bagaimana menjana pendapatan dengan Kuih Raya telah kami huraikan dengan panjang lebar di dalam ebook ’Rahsia Kuih Raya’..... Rahsia bagaimana pengusaha-pengusaha kuih raya mengaut keuntungan selama ini.. http://www.rahsiakuihraya.com/

Buat Duit Raya Lagi..

Musim mengerjakan fardhu haji sudah bermula, Kota Mekah dan Madinah sudah dibanjiri dengan jutaan manusia yang datang dari seluruh pelosok dunia. Bagi mereka, memperolehi haji yang mabrur menjadi harapan utama.

Bagi kita yang tidak pergi mengerjakan haji pada tahun ini pula, bakal menyambut Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban tidak lama lagi……



Seperti biasa, peluang menjana pendapatan melalui bisnes kuih raya sempena Hari Raya Haji tetap ada walaupun kurang meriah berbanding Hari Raya Puasa. Maklumat lanjut bagaimana menjana pendapatan dengan risiko yang rendah di dalam bisnes kuih raya diterangkan dengan terperinci di dalam ebook yang boleh di dapati di http://www.rahsiakuihraya.com

Risiko kerosakan kuih raya lebih rendah dan tempoh jualan lebih panjang dengan meletak kuih raya secara ‘consignment’ di premis tetap seperti kedai kek atau pasaraya berbanding gerai jualan kuih raya sementara. Ini adalah kerana premis tetap boleh meneruskan jualan dalam musim perayaan, raya pertama, kedua dan seterusnya tanpa perlu mengubah-ubah tempat letaknya bekas-bekas kuih dibantu pula dengan persekitaran suhu yang sesuai.. manakala pengusaha 'gerai jualan kuih raya sementara' perlu lebih kreatif untuk menghabiskan jualan sebelum hari raya. Namun sekiranya digabungkan kedua-duanya dengan bijak akan menghasilkan jualan yang lebih menguntungkan.

Walau bagaimanapun, sedikit kajian pasaran diperlukan. Ada negeri-negeri yang hebat sambutan hari raya hajinya dan ada yang tidak seberapa. Penyediaan produk hendaklah bersesuaian dengan permintaan dan sejauh mana promosi dilakukan..

Renungan Hadith

Enjin Carian Google