Topik Terkini

BINGKA ROTI PANDAN KOKO

Bahan-bahannya:
1 buku roti sandwish
3 biji telur
½ cawan gula
½ cawan margerin
2 cawan air susu
½ cawan serbuk koko
¼ cawan tepung ganndum

Cara-caranya:
Roti dipotong kecil-kecil dan direndam bersama air susu.
Putar magerin bersama gula sehingga kembang.
Masukkan telur satu persatu dan kacau hingga sebati.
Masukkan serbuk koko yang dicampur bersama tepung gandum kedalam adunan berselang seli dengan roti yang direndam tadi. Gaul sehingga rata kesemuanya.
Masukkan adunan kedalam adunan dan bakar selama 30 minit.


TEMPOH PENYEDIAAN : 1 JAM
KOS PERBELANJAAN : RM 6.20

1 comments:

NOR AZLINA said...

Boleh display gambar ka? Mau tinguk ba..

Post a Comment

Renungan Hadith

Enjin Carian Google