PENDIDIKAN


Minda Dan Kecerdasan Otak


MENURUT penyelidikan yang dijalankan oleh dua orang penyelidik neurosains, Prof. Roger Sperry dan Prof. Robert Ornstein, otak kiri dan kanan mempunyai tungsi yang agak berbeza.

Penyelidikan yang dijalankan oleh saintis lain kemudian daripada mereka juga menunjukkan keputusan yang sama.

Otak kanan berfungsi dalam hal-hal yang belum konkrit dan masih kabur. Termasuk dalam medan fungsi otak kanan ialah aspek bentuk dan pola, manipulasi, ruang, ritma dan apresiasi muzik, imej dan gambaran, imaginasi, khayalan, rentak lagu dan sebagainya. Oleh itu otak kanan digelar sebagai otak seni.

Sementara fungsi otak kiri pula dikaitkan dengan hal-hal yang sudah konkrit, sudah ada bentuk. Ini termasuklah dalam aspek-aspek bahasa dan formula matematik, logik (mnantik, taakulan), nombor, sekwens, lineariti, analisis, seni kata lagu dan sebagainya. Otak kiri digelar otak sains.

Ada pendapat mengatakan orang Melayu terutamanya lebih cenderung kepada hal-hal kesenian dan mengabaikan persoalan berkaitan Matematik dan Sains. Maknanya orang Melayu lebih menggunakan otak kanan daripada otak kiri. Fikiran orang Melayu lebih banyak merawang secara tidak berturnpuan. Tidak bersandarkan fakta kukuh.

Mungkin hanya dalam masyarakat Melayu sahaja di mana serba serbi boleh dikaitkan denganseni: senisilat, senilakon, senikata, senipahat, senitari, seni pertukangan, seni muzik, seni ukir dan pelbagai seni lagi.
Sesuatu yang seni mesti bersifat halus. Halus itu lambang kecantikan dan keindahan. Seni itu begitu sulit hendak diberikan tafsiran dan garis panduan yang tepat. la lebih merujuk kepada rasa hati sendiri. Terlalu subjektif.

Orang Melayu boleh berbual berjam-jam di warung dengan hanya secawan kopi, misalnya perkara atau subjek yang dibualkan itu terlalu pelbagai sehingga tidak berkesudahan. Tiada dahulu dan tiada akhirnya. Istilah yang digunakan untuk perbuatan berbual begini ialah berborak.

Berborak boleh jadi bermaksud bohong. Mungkin itu sebabnya pelajar Melayu dikatakan lemah dalam mata pelajaran matematik dan sains jika dibandingkan dengan pelajar bukan Melavu. Mungkin ini pandangan secara rambang sahaja. Sebab Matematik dan Sains berdiri atas asas yang berfakta.

Fakta adalah hujah yang ku­kuh. la memerlukan penuh tum­puan. Fikiran dan tenaga. Tidak boleh diambil mudah. Matematik dan Sains memerlukan penglibatan otak kiri yang lebih. Disinilah rnungkin kelernahan yang terdapat pada orang Melayu lebih menggunakan otak kanan daripada otak kiri, sehingga otak kiri dalam keadaan terbiar dan kurang berfungsi.

Jika hal ini benar untuk mengaktif dan memajukan semula otak kiri, maka ia hendaklah dirangsang.

Bagaimana rangsang otak kiri.

Mula-mula sekali kita kenalah berani untukmengubah sikap yang kurang sesuai dengan keperibadian orang Matematik dan Sains. Biasa kita dengar dalam bualan orang melayu kata-kata begini “Jangan berkira sangatlah”, atau “cincai sajalah” atau “Lebih kurang sudahlah” atau Agak-agak jadilah."

Semua kata-kata begini menanda­kan begitu simplistiknya pemikiran orang berkenaan. Begitu lurus sampai ke tahap bodoh. Jika kita mahu menjadi lebih cemerlang, dalam Matematik dan Sains, kita kena lakukan perubahan

Kita kena campakkan jauh-jauh kebiasaan yang sudah berakar umbi dalam budaya kita. Mulai sekarang kita kena berkira, kita tidak boleh buat cincai, kita mesti kira dengan betul dan tak boleh pakai agak-agak sahaja.

0 comments:

Post a Comment

Renungan Hadith

Enjin Carian Google