KITARAN HAID TIDAK TERATUR

Tahukah anda bahawa 30% daripada wanita mengalami masalah kitar haid yang tidak teratur?

Kitar Haid yang tidak teratur dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

Secara ringkasnya adalah

1) Pemakanan
2) Stress
3) Berat badan bertambah atau berkurang
4) Aktiviti fizikal yang berlebihan seperti senaman dan bersukan
5) Pengambilan ubat-ubatan
6) Pengambilan kafein yang berlebihan
7) Selepas bersalin atau keguguran
8) Menyusu badan
9) Permulaan menopaus

Dalam sesetengah keadaan, ketidakaturan kitar haid ini adalah merupakan petunjuk kepada sesuatu masalah kesuburan. Antara masalah kesuburan yang memberi kesan terhadap kitar haid adalah seperti PCOS dan Endometriosis dan Namun begitu, tidak semestinya wanita yang mempunyai kitar haid yang tidak teratur itu adalah tidak tidak boleh hamil.

Berikut pula adalah antara beberapa langkah-langkah mudah yang boleh anda cuba untuk mengawalatur kitar haid.

1) Kurangkan berat badan jika anda termasuk dalam kategori obes.
2) Kawal mood, elakkan stress dan kemurungan.
4) Elakkan senaman dan aktiviti sukan yang lasak dan berlebihan.
5) Elakkan merokok, alcohol dan minuman bergas.
6) Elakkan 'junk food' dan dan bahan pengawet makanan

Pengambilan buah-buahan yang kaya Potassium seperti pisang dan sayur-sayuran hijau dipercayai boleh membantu anda mengawalatur kitar haid.

Abu Jarir & Ummu Aisyah

0 comments:

Post a Comment

Renungan Hadith

Enjin Carian Google