Topik Terkini

Tart Nenas Kak Lina


Bahan-bahan:
1 Ketul butter (250 gm)
1 sudu makan margerin
1 biji kuning telur
3 sudu makan susu tepung
¾ cawan tepung jagung
4¾ cawan tepung gandum - diayak
1 sudu teh esen vanila
kuning telur untuk hiasan
gula urai berwarna-warni
Jem nanas secukupnya


Bahan untuk jem nanas
1 biji nenas- di kupas dan diparut
1 ½ cawan gula
(campur kesemua bahan, masak hingga pekat. Angkat dan biarkan sejuk sebelum digunakan)

Cara-Cara:
1. Campurkan bersama tepung jagung dan tepung gandum.
2. Putar butter,margerin dan esen vanila sehingga kenbang
3. Masukkan telur dan putar hingga sebati
4. Kemudian masukkan campurkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga lembut.
5. Canai doh dan terap dengan acuan bentuk bulat bergerigi dan masukkan dalam
paper cup (sebelum tu masukkan paper cup tu dalam acuan paper cup)
6. kemudian letakkan jem nenas di tengah lubang.
7. Sapukan kuning telur diatasnya dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 darjah C.
8. Setelah masak keluarkan biskut dan tabur gula warna urai sambil tekan dengan jari.
9. Biarkan sejuk dahulu baru simpan di dalam bekas kedap udara.

0 comments:

Post a Comment

Renungan Hadith

Enjin Carian Google