BUAT AISKRIM SENDIRI (HOME MADE ICE CREAM)



BUAT AISKRIM SENDIRI (HOMEMADE ICE CREAM)

BAHAN-BAHAN

Bahan A
2 gelas ‘Creamer’ atau ‘Dan Cream’
2 sudu gula

Bahan B
2 sudu serbuk koko
2 gelas air suam
3 sudu susu tepung
Gula secukup rasa ( ikut kemanisan yang anda suka)

CARA-CARANYA

1. Satukan 2 gelas creamer dengan 2 sudu gula (Bahan A).
2. Bancuh 2 sudu serbuk koko dengan 2 gelas air suam (air berperisa
koko)… kalau suka perisa lain, gantikan sahaja serbuk koko dengan perisa kegemaran anda.
3. 2 gelas air berperisa koko tersebut dicampur dengan gula secukup rasa, campurkan pula dengan 3 sudu makan susu tepung (macam nak buat air milo.. )
4. Kemudian campurkan air berperisa koko dengan creamer dan kacau seketika hingga sebati.
5. Tuang bancuhan tadi ke dalam bekas bulat (bekas yang bersaiz sesuai untuk dimasukkan pemutar mixer).
6. Simpan dalam freezer hingga bancuhan tadi menjadi ½ beku.
7. Setelah ½ beku, putar bancuhan ½ beku tadi hingga kembang (untuk memastikan ianya telah kembang; apabila diterbalikkan bekas bancuhan tersebut dengan cepat, tidak akan tumpah)
8. Kemudaian, masukkan semula ke dalam freezer dan biar hingga beku.
9. Setelah beku, skopkan ais krim dan hiaskan dengan coklat chip atau parutan coklat atau pun mengikut kreativiti anda…

SELAMAT MENCUBA.

1 comments:

Unknown said...

http://kasihmamaaqil4.blogspot.com/
tq ya..nk cuba..

Post a Comment

Renungan Hadith

Enjin Carian Google