TIPS PENTING SEBAGAI ASAS BUAT BISKUT BERKUALITI



Ramai yang ambil mudah terhadap proses membuat biskut dengan hanya mementingkan resepi semata-mata. Sedangkan sekiranya kita dapat mengamalkan petua-petua tertentu, ianya bakal menjadikan proses membuat biskut lebih sistematik dan biskut kita lebih berkualiti.

1. Baca dahulu keseluruhan resipi dan kumpulkan semua bahan dan alat-alat yang diperlukan

2. Gunakan bahan-bahan pada suhu bilik untuk campuran yang sempurna, melainkan diarahkan sebaliknya.

3. Bahan kering perlu disukat menggunakan sudu atau cawan penyukat, penuhkan cawan atau sudu kemudian ratakan dengan menggunakan belakang pisau.

4. Pastikan bahan-bahan penaik disukat dengan tepat

5. Apabila memeriksa sukatan cecair, hendaklah menggunakan cawan sukatan pada aras mata.

6. Susun biskut di dalam dulang pembakar dengan jarak yang sama.

7. Pastikan saiz biskut adalah seragam bagi memastikan tahap pembakaran tiap biskut adalah sama yang akhirnya akan memberikan kualiti yang sama

8. Gunakan lelemak sayuran untuk menyapukan gris pada kertas pembakar, penggunaan majerin atau mentega akan menyebabkan ianya mudah terbakar

9. Dulang pembakar perlu diletak pada bahagian tengah ketuhar ketika membakar.

10. Panaskan ketuhar terlebih dahulu 15 minit sebelum memulakan pembakaran biskut

11. Sejukkan dahulu biskut di atas rak dawai sebelum memasukkannya ke dalam bekas

12. Gunakan bekas yang berasingan untuk setiap jenis biskut yang berlainan jenis.

Kredit: Chef Wan




0 comments:

Post a Comment

Renungan Hadith

Enjin Carian Google